Wednesday, 15 February 2012

Whitney Houston Lesbian

WHITNEY (kiri) bersama beberapa rakan dalam gambar yang dirakam pada 1994.
Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Robyn Crawford (kanan).

LOS ANGELES : Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu. Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh.

Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya.

Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.

“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.

“Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.

“Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah.

“Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.

Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford.

Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati.

Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa.

‘Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

“Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”
Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons.

Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”

Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown.

Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown.

Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu.

Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.

Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.”


hmetro

0 comments: