Conrad Murray didapati bersalah dan penyebab kepada kematian Michael Jackson. Selepas enam minggu sessi perbicaraan yang memperlihatkan pelbagai drama, keputusan akhir tidak memihak kepada doktor peribadi paling popular ini. Berita ini merupakan sesuatu yang akan tertulis dalam sejarah hiburan Hollywood dan dunia secara amnya buat selama lamanya.
Awal pagi ini, agensi berita seluruh dunia melaporkan yang mahkamah memutuskan Conrad Murray, bekas doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah menyebabkan kematian ikon pop itu sekitar tahun 2009 yang lalu. Conrad Murray didapati bersalah menyebabkan kematian dengan tidak sengaja selepas memberikan dos ubat propofol secara berlebihan kepada Michael Jackson pada malam kejadian di Los Angeles.
Mahkamah telah menetapkan hukuman penjara empat tahun buat Conrad Murray dan kemungkinan besar lesen menjalankan khidmat perubatan beliau akan di’gantung. Peminat & keluarga yang turut serta dalam sidang terakhir perbicaraan kes Conrad Murray ini berteriak gembira apabila keputusan diumumkan dan tidak kurang juga yang menangis.
source : illustrasi
0 comments:
Post a Comment