Thursday 16 February 2012

Ajaib | Bra Selamatkan Dua Perempuan

0 comments

Bra ternyata tidak hanya berfungsi sebagai penyangga payudara dan penunjang penampilan bagi perempuan tapi juga dapat menyelamatkan nyawa pemakainya.

Dua orang perempuan lepas dari maut, berkat bra yang dikenakannya. Meskipun terjadi di dua tempat yang berbeza, namun kedua perempuan tersebut sama-sama terselamatkan dari ancaman peluru.

Nyawa seorang perempuan asal Detroit yang tidak disebutkan identitinya ini, terselamatkan dari peristiwa penembakan yang dialaminya berkat bra yang dikenakannya. Kejadian penembakan bermula ketika perempuan berusia 57 tahun itu melihat sekumpulan perompak masuk ke dalam rumah tetangganya. 

Menyedari aksinya ketahuan, salah seorang perompak langsung menembakkan senjatanya ke arah perempuan itu. Peluru yang ditembakan kemudian menembus kaca jendela dan mengenai kawat bra sang perempuan. Meskipun mengalami luka, namun peluru itu tidak menembus tubuhnya.

"(Bra) itu membuat peluru tidak menembus tubuhnya," kata Philip Cook juru cakap polis Detroit. "Dia menderita luka namun tidak mengancam nyawanya," tambahnya.

Lain lagi peristiwa yang terjadi di Brazil. Kebiasaan menyimpan wang dalam bra yang dulu biasa dilakukan nenek kita ternyata juga dilakukan seorang perempuan Brazil. Ivonette Pereira, nama perempuan itu, terkena tembakan saat naik sebuah bas di negara bahagian Bahia, Brazil timur-laut. Ia sedang dalam perjalanannya ke Lauro de Freitas, ketika sekumpulan perompak menjadikan bas yang ditumpanginya sebagai sasaran. 

Aksi perampokan memang sering terjadi di ibukota Bahia, Salvador, itulah alasannya mengapa perempuan berusia 58 tahun itu, menyembunyikan uwang sebanyak 150 real (69 dolar AS) dalam bra yang dipakainya.

Saat perompakan berlangsung, seorang polis berusaha menghadang aksi tersebut hingga terjadilah tembak menembak. Malangnya, satu peluru tersasar mengenai dada Ivonette. Meskipun ia sempat dibawa kehospital untuk mengeluarkan peluru itu, namun nyawanya selamat kerana bra yang menampung cukup banyak uang itu berhasil menahan sebagian besar impak dari peluru sesat tersebut.

bk

Gigi Tercabut, Muka Terbakar

0 comments
PENSACOLA (Florida): Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. - AFP

hmetro

Wednesday 15 February 2012

Wajah "Angry Bird' Selepas Bertarung Dengan "Babi"

1 comments
Angry Bird sering kali bertarung dengan si Babi ni. Korg cume tau nak laga lagakan dorg je kan. pernah tak korg terpikir rupa paras si Angry Bird ni lepas habis berlawan dengan si Babi ni. Ni la rupa paras Angry Bird tu.








**comel ke buruk ke ganas ke? hehe


Aliff Aziz Tolak Zarina Anjoulie, Pilih Anne Ngasri

0 comments


KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2012 : Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut.

Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu.

Selain itu, Zarina Anjoilie turut menghantar entri melalui Twitter Aliff Aziz dengan seakan-akan mengugut bahawa dia ada menyimpan video yang dikatakan mempamerkan kelakuan Aliif yang sedang mabuk.

Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga, ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.

Namun pelatun lagu Kalau Cinta itu ketika dihubungi oleh portal murai.com.my tidak dapat menjelaskan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku intim berkawan dengan Anne.

"Saya tidak dapat memberi apa-apa penjelasan atau komen mengenai apa yang dinyatakan oleh Zarina dalam laman sosial tersebut.

"Bukan sebab takut atau hendak lari dari masalah, tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama sekali syarikat rakaman saya iaitu Sony Music Sdn Bhd.

"Cuma saya akui, memang apa yang terjadi telah menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi. Namun saya akan tampil untuk memberi penjelasan bila tiba masanya.

"Mengenai Anne pula, saya akui kini memang sedang berkawan rapat dengannya sejak kami sama-sama dipertemukan dalam drama Antara Kita yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi," katanya kepada murai.com.my

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan janda anak dua itu, Aliff memberitahu Anne adalah satu-satunya teman yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya sejak dia membuat keputusan menetap di Malaysia beberapa bulan lalu.

"Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.

"Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

"Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi," luahnya lagi.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya.

"Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami.

"Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah," tambahnya.

Aliff kini sedang dalam proses menyiapkan lebihan untuk album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 14 Mac depan.


murai

Whitney Houston Lesbian

0 comments
WHITNEY (kiri) bersama beberapa rakan dalam gambar yang dirakam pada 1994.
Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Robyn Crawford (kanan).

LOS ANGELES : Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu. Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh.

Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya.

Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.

“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.

“Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.

“Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah.

“Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.

Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford.

Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati.

Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa.

‘Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

“Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”
Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons.

Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”

Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown.

Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown.

Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu.

Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.

Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.”


hmetro

Berita | Janda jual air liur kebas RM5,000

0 comments

KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.

Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.



“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.


hmetro

Menakjubkan | Kondo Dilanda Gelombang Awan Di Pantai Florida

1 comments
Juruterbang helikopter JR Hott telah berjaya menangkap imej yang menakjubkan menunjukkan awan rendah meledak ke atas bangunan bertingkat yang tinggi di sepanjang pantai Panama City di Florida. Ia kelihatan seolah-olah tsunami bersedia untuk memusnahkan bandar tersebut.







**memang menarik bile nmpak dari atas kan.

Manumen Pistol Gun Totem

0 comments
Manumen pistol ini dinamakan sebagai Gun Totem oleh Boris Bally. Manumen ni diletakkan di Bangunan Mahkamah Persekutuan Providence Rhode Island. Ia juga dibina dengan menggunakan besi dan konkrit yang keras dan diletakkan juga 1000 pistol terpakai. Ia dibina pada tahun 2001.




Adakah Islam Ini Terrorist? Ini Jawapannya

0 comments


I liked the answer of this Germaniun Muslim scholar when he was asked about terrorism and Islam. He said:

  • Who started the first world war? Muslims?
  • Who started the second world war? Muslims?
  • Who killed about 20 millions of Aborigines in Australia? Muslims?
  • Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki? Muslims?
  • Who killed more than 100 millions of Indians in North America? Muslims?
  • Who killed more than 50 millions of Indians in south America? Muslims?
  • Who took about 180 millions of African people as slaves and 88% of them died and was thrown in Atlantic ocean? Muslims?
No , They weren't Muslims. First of all, You have to define terrorism properly... If a non-Muslim do something bad.. it is crime. But if a muslim commit same.. he is terrorist. So first remove this double standard... then come to the point.


Please share it on ur social network and aware your friends and family also. Thank you.


ums

Senduk Dengan Berat 2 Kilogram

0 comments


Bagi Anda yang malas bersukan tak perlu risau kerana kini ada peralatan makan yang berfungsi sebagai latihan angkat beban. Namun sayang, peralatan makan ini baru ada di England.

Peralatan makan yang dinamakan 'Eat Fit Cutlery' ini dilancarkan oleh Firebox. Satu set peralatan makan tersebut terdiri dari senduk, garpu dan pisau. Garpu dan pisau masing-masing memiliki berat 1 kg. Sementara senduk makan memiliki berat 2 kg.


Pelik | Hobi Berpura-pura Mati

0 comments
Lelaki yang bernama Chuck Lamb ini mungkin adalah manusia yang memiliki hobi yang pelik. Hobinya ialah b\pura-pura mati. Lebih dari itu, dia juga merakamkan semua adengan adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan disiarkan di laman webnya sejak tahun 2005. Kerana hobi yang aneh ini,website miliknya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian stesen TV untuk mengundangnya.


Monday 13 February 2012

Lucu | Batal niat curi kereta kerana pemilik kereta bogel

0 comments

Di London Seorang pencuri kereta terpaksa membatalkan niatnya untuk mencuri sebuah kereta disebabkan pemilik kereta yang mengejar pencuri itu sambil telanjang. 
 
Russell Stuart yang sedang terlelap tidurnya, tiba-tiba terbangun setelah mendengar bunyi dekat keretanya. Dia melihat pencuri kereta berusaha untuk mencuri kereta kesayangannya tersebut. 
 
Stuart segera bangun dari tidurnya, membuka pintu penumpang dan duduk disamping kerusi tepat disebelah pencuri yang hendak mencuri itu. Namun lucunya, Stuart tidak sedar jika dirinya belum menggunakan pakaian sama sekali. 

Setelah pencuri tersebut melihat yang dia bogil, dia langsung membuka pintu dan lari dari Stuart. "Saya langsung bangun dari tidur dan menuju ke kereta, buka pintu dan duduk disebelahnya," ungkap Stuart.
"Dia mungkin hairan mengapa ada orang yang berbadan besar dan telanjang duduk disampingnya. 

Tetapi ketika kereta kepunyaan kita berusaha dicuri, saya tak perlu berfikir tetapi langsung bertindak," kata Stuart. 

Setelah pencuri itu lari, lelaki berusia 51 tahun tersebut sempat mengelilingi kota Kent, dalam keadaan telanjang untuk mencari pencuri itu. Namun dia menghentikan aksinya kerana dalam keadaan bogel mengganggu ketenangan kota.


bk

aduhh | Gantikan Penis Dengan Jari Tengah?

0 comments

Gaioz Jakeli lelaki berusia 50 tahun berasal dari Georgia ini menggantikan penisnya dengan jari tengahnya.
Jakeli dikenal sangat penyayang oleh keluarganya, kerana sifat penyayangnya itu dia menyembunyikan penyakit kanser penisnya dari isterinya. Isteri Gaioz yang pada ketika itu juga tengah menghidap penyakit berbahaya tidak mengetahui bahawa suaminya tercinta mengidap penyakit kanser penis. Gaioz Jakeli menyembunyikan penyakit ini dari isterinya sehingga isterinya meninggal dunia.

Setelah isterinya meninggal dunia, keadaan Jakeli semakin memburuk, untuk itu seorang doktor bedah ternama di Georgia, Ivan Kusanov menyarankan agar Jakeli memotng penisnya. Namun, di Georgia seorang lelaki yang tidak memiliki kejantanan dianggap rendah, untuk itu doktor menyarankan agar Gaioz menukar penisnya dengan jari tengah tangan kirinya.



Setelah mempertimbangkan dengan matang, akhirnya Gaioz setuju. Operasi ini sendiri memakan masa sekitar 17 jam. Agar kelaminnya dapat bekerja secara normal sang doktor bedah hanya mematahkan sebahagian penis Gaioz yang terkena kanser untuk digantikan dengan jari tengahnya.

2 bulan setelah operasi Gaioz bole hidup normal kembali dia mengatakan "semuanya berjalan baik-baik saja setelah dua bulan berjalan, awalnya saya merasakan perih yang amat sangat ketika akan buang air kecil, bahkan untuk berjalan. Tapi kini semua baik-baik saja" Gaioz menghabiskan duit sebanyak 3.500 poundsterling untuk pembedahan ini. Bahkan beberapa bulan setelahnya dia sudah memiliki kekasih baru lagi, dan kekasihnya mengaku sangat mencintai Gaioz.



Sunday 12 February 2012

Alat anti-rogol Bagi Wanita

0 comments
Semakin hari semakin banyak jenayah rogol dikhabarkan. Wanita semakin berada dalam keadaan merbahaya. Oleh itu, mereka haruslah mencari alternatif lain untuk melindungi diri mereka dari menjadi mangsa rogol. Di sini terdapat satu alat yang boleh digunakan untuk mengelakkan diri dari dirogol. Jom kita lihat.




**cube la yer. haha. 


Koleksi Gaya Kucing Tidur

1 comments
Jom kita tengok gaya kucing tidur plak ok. Macam macam la gaya kucing ni. 
Tapi memang comel la kalau korg tengok kucing kucing ni tidur.




















Diva Whitney Houston Meninggal Dunia

0 comments

LOS ANGELES – Penyanyi diva terkenal, Whitney Houston dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang rakan terdekatnya di tingkat empat kamar hotel, Beverly Hilton, pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.

Menurut sumber, rakan Whitney kemudiannya menghubungi paramedik 911 yang bergegas datang ke hotel berkenaan dan berusaha memulihkan beliau melalui kaedah CPR namun cubaan tersebut gagal.

Paramedik 911 kemudiannya mengesahkan kematian penyanyi yang bersuara emas tersebut.

Pegawai koroner, Ed Winter, yang menyiasat kematian Whitney memberitahu bahawa terlalu awal untuk mengenal pasti punca-punca kematian penyanyi wanita berkulit hitam itu.

“Belum pasti, masih diperingkat awal penyiasatan dan terlalu awal untuk memberitahu punca kematiannya,” katanya yang dipetik dari TMZ.com.

Dalam kejadian sebelum itu, Whitney dikatakan telah menyertai rakan-rakannya di satu parti santai di hotel tempat beliau menginap pada malam itu dan dikatakan dalam keadaan sihat sahaja.

Rakan-rakannya, Dionne Warwick dan Cissy Houston yang turut berada di parti itu mengesahkan perkara tersebut.

Sementara itu, bekas suami Whitney, Bobby dilaporkan agak bingung dan sedih atas kematian penyanyi itu serta dilihat keluar masuk di hotel tersebut sambil menangis teresak-esak.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan waran untuk menggeledah di bilik hotel Whitney ditemui meninggal dunia dan para penyiasat dijangka mencari dadah yang dikatakan menjadi punca utama kematian mengejutkan penyanyi tersebut.

Sebelum ini, mendiang dikatakan berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah ketagihan dadah yang agak kronik.

Whitney dikatakan telah keluar berseronok bersama teman-temannya di Hollywood pada malam Khamis lalu dan sempat mencapai mikrofon untuk mendendangkan sebuah lagu yang merupakan persembahan terakhir di dalam hidup beliau.

Untuk rekod, penyanyi di kelas yang tersendiri ini pernah menggondol dua Anugerah Emmy, enam Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik America ketika berada di kemuncak kariernya.

Selain itu, beliau juga merupakan penyanyi wanita pertama yang berjaya mengungguli Carta Billboard Amerika di kedudukan no.1 dan sebanyak 200 juta albumnya terjual di seluruh dunia.

Whitney meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina, hasil perkahwinannya dengan penyanyi R&B terkenal, Bobby Brown, pada tahun 1992 sebelum berpisah pada tahun 2007.



Syabas | Fatehah, Josiah Raih Emas Acara Trek ACC 2012

0 comments

KUALA LUMPUR – Malaysia menutup acara trek Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 dengan menambah dua pingat emas dan dua perak.

Pingat emas diraih Fatehah Mustapa dan Josiah Ng, masing-masing dalam acara Keirin elit wanita dan lelaki, manakala pingat perak disumbang Mohd Azizulhasni Awang (elit lelaki) dan Ummi Hamimah Mohamad (remaja perempuan) dalam acara yang sama.

Fatehah, 23, mengukir sejarah tersendiri apabila kejayaan meraih pingat emas hari ini menjadikan beliau sebagai pelumba wanita Malaysia yang berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia.

“Saya gembira dapat pingat emas acara ini. Ia satu kenangan yang tidak mudah untuk saya lupakan. Hari ini, saya betul-betul puas hati. Selalunya hanya pingat perak atau gangsa. Sudah dua tahun saya tidak dapat pingat dalam acara keirin.

“Masa undian tadi (undian kedudukan permulaan sebelum memulakan perlumbaan) saya di belakang pelumba Hong Kong dan saya memang hendak berada belakang dia sebab dia mempunyai kayuhan yang paling laju. Pada selekoh terakhir, baru saya terus memecut,” katanya.

Pingat perak acara itu dimenangi Xu Yulei dari China dan Lee Wai Sze dari Hong Kong mendapat pingat gangsa.

Ditanya mengenai kelayakan ke Sukan Olimpik London, Fatehah berkata kejayaan hari ini mungkin membolehkan beliau beraksi buat pertama kali di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Buat masa ini, saya berada di belakang pelumba China (Guo Shuang) dan dikedudukan ketiga ialah pelumba Hong Kong (Lee Wai Sze). Jarak mata saya dengan Hong Kong sudah jauh ditambah dengan hari ini tidak tahulah berapa,” katanya.

Bagi menghadapi Kejohanan Dunia di London minggu depan, Fatehah tidak mahu terlalu yakin kerana lebih banyak negara yang akan menyertainya.

“Saya tidak mahu terlalu yakin. Bagi saya, biar dari bawah dan sasaran saya ialah untuk melayakkan diri ke peringkat akhir,” katanya.

Selain meraih pingat emas, Fatehah turut meraih satu perak melalui acara pecut (sprint) dan satu gangsa dalam acara 500m ujian masa.

Sementara itu pelumba veteran Josiah, yang membuat penampilan pertama di tempat sendiri lebih daripada sedekad, menggembirakan penyokong tempatan apabila menamatkan perlumbaan untuk memberi kedudukan 1-2 kepada Malaysia dengan Mohd Azizulhasni merangkul perak.

Pingat gangsa dimenangi pelumba Jepun, Yudai Nitta.

Selepas menamatkan saingan dalam acara trek, Malaysia setakat ini berada di tempat ketiga keseluruhan dengan tiga emas, tiga perak dan dua gangsa, manakala Hong Kong mendahului dengan 5-3-4 dan China dengan 4-2-2.

Kejohanan Berbasikal Asia dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia akan diteruskan dengan acara perlumbaan lebuh raya yang akan bermula Selasa ini. – BERNAMA


Kreatif | Seni Asap Dalam Botol

0 comments
Seni asap dalam botol ni diilhamkan oleh Jim Dingilian yang berasal dari Amerika. Seni adalah antara seni yang paling menarik di dunia kerana tidak semua orang boleh melakukan atau mempraktikkan seni 
asap dalam botol ni.






Perhh | Gadis Di Asia Tenggara Dengan Payu Dara Yang Besar

0 comments
Korg jangan terlalu pelik dengan tajuk di atas. Ini sudah menjadi isu yang biase kita dengar. Gadis asia mempunyai saiz payu dara yang amat besar sememangnya semakin hangat diperkatakan di internet. Payu dara yang mereka miliki adalah semulajadi dan ramai orang kat luar sana tak percaya dengannya. Hal ini kemungkinan kerana mereka cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh gadis gadis ini.








**ade yang jeles? tak ape ok. korg boleh teruskan usaha korg ok. HAHA