Thursday 9 February 2012

Bapa Michael Jackson Terpaksa Menjaja Pewangi Murahan


Tiada siapa menyangka bahawa nasib bapa kepada penyanyi Pop Legenda, Micheal Jackson, begitu dhaif kehidupannya kini sehingga terpaksa menjual minyak wangi murahan di kiosk yang terletak di dalam sebuah kompleks membeli belah di Las Vegas.

Laman web hiburan antarabangsa terkenal, TMZ.com, mendedahkan tentang Joe Jackson yang tertidur ketika menunggu pelanggan di kiosk Julian Rouas Paris yang mempamerkan lukisan sketch Raja Pop tersebut di ‘gerai murahan’ itu.

Memburukkan keadaan, aktiviti Joe dan kiosk tersebut dikatakan secara tidak sah disudut perundangan apabila Julian Rouas Paris kini menghadapi tindakan saman dari Bravado International yang merupakan syarikat yang memiliki segala “trademark” berkaitan Micheal Jackson.

Sungguh malang bagi Joe berbanding beberapa artis yang kurang ternama di persada antarabangsa yang memiliki sekurang-kurangnya sebuah kedai yang lebih sesuai untuk memperagakan barangan, beliau hanya ‘tersadai’ di kiosk milik orang lain.

Joe merupakan insan yang bertanggungjawab membawa kemasyhuran anak-anaknya di persada dunia dan menguruskan The Jackson 5, Micheal Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga menjadi antara selebriti paling kaya di dalam industri hiburan antarabangsa.



Bagaimanapun, ketika dunia sedang memberi tumpuan terhadap kematian anaknya, Micheal Jackson, Joe dilihat seolah-olah “low profile” dengan tidak menonjolkan diri dan sebaliknya hanya membiarkan keluarga terdekatnya untuk mendapatkan lebih perhatian.

Agak memeranjatkan melihat nasib Joe yang meskipun kematian anak lelakinya yang paling berjaya, beliau masih lagi mempunyai anak-anak lain yang tidak kurang hebat kekayaannya seperti Janet Jackson yang merupakan antara penyanyi yang mendapat bayaran lumayan.

Apakah Janet punya masalah untuk mengambil tahu tentang bapa yang banyak berjasa pada perkembangan karier seninya sehingga membiarkan beliau menjadi penjaja pewangi murahan di kompleks membeli belah?

Sekurang-kurangnya jika ayahnya minat berniaga pewangi sekali pun, penulis fikir Janet mampu membelikan sebuah kedai untuk menjual pewangi-pewangi yang lebih berjenama dan terkenal, takkan tak boleh?


mynewshub

1 comments:

Lily RIna said...

Kesian betul. Betul tu, Janet patut tolong ayah dia