Friday 13 January 2012

Wow | Gigi Palsu Termahal Di Dunia

Hari ni jom kita tengok pulak gigi palsu yang paling mahal di dunia. 


Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain Sir Winston Churchill dilelong 15,200 paun @ RM 75,249 tiga kali lebih tinggi daripada tawaran bidaan asal.


Bahagian atas gigi tiruan yang di anggap telah menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua itu telah dibeli oleh seorang pengumpul barangan peribadi pemimpin-pemimpin era Perang Dunia Kedua.

Tiga set gigi itu dihasilkan oleh juruteknik pergigian Derek Cudipp menjelang perang semasa Chuchill berusia 65 tahun dengan satu set daripadanya dikebumikan bersamanya.Cudipp membuat tiga set gigi itu kerana Chuchill kerap merosakkannya.Chuchill amat menghargai gigi palsunya.


0 comments: