Monday, 30 January 2012

Ayat-ayat Cinta

0 comments
Korg tak tahu bagaimana untuk meluahkan kata-kata cinta kepada pasangan korg? Di sini aku ade sedikit ayat-ayat cinta yang boleh diguna pakai untuk memikat hati pasangan korg. Cuba la ye :)






1.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

2.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

3.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

4.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

5.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu.

6.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

7.Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

8.Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

9.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

10.Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat.

11.Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.Inilah dasyatnya cinta!.

12.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

13.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu,raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

14.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

15.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

16.Bercinta memang mudah.Untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

17.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

18.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

19.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu,tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

20.Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam,tidak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

21.Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bunga mati dikala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya.

apecite

Wow | Motosikal Dari Konsep Mikhail Smolyanov

0 comments
Pernahkah korg terpikir nak buat motosikal macam ni? Maksud aku motosikal macam yang akan aku tunjukkan kt bawah nanti la. Bagi aku motosikal macam ni memang la super cool. Stylish sangat. Kalau la aku boleh pakai motosikal macam ni. Tak tau la aku macam mana rase nya kan. Ape ape pon jom kita tengok dulu motosikal yang diilhamkan oleh Mikhail Smolyanov ni. 





**ape pulak pendapat korg pasal motosikal ni. Tapi kan. Kalau boleh bawak la motosikal ni, lepas ke dengan JPJ. HAHA


Wednesday, 25 January 2012

Cool | Ini Baru Namanya Kereta Kuda

1 comments
Anda pernah menaiki kereta kuda? Biasanya kita hanya menaiki kereta kuda yang keretanya daripada kayu. Namun, pernahkah anda terlintas mahu menaiki kereta yang seperti sekarang namun menggunakan tenaga kuda untuk menggerakkannya. Jom kita lihat kereta kuda yang sebenarnya. 




**peliknya di sini. apa gunanya stereng kereta ni kalau dorg guna kuda?


Thursday, 19 January 2012

Wow | Lukisan Jari Terpantas Di Dunia

0 comments
Melihat orang melukis menggunakan pensil atau alatan lukis pun sudah mengagumkan kita. Apatah lagi melukis hanya menggunakan jari dan cat lukisan sahaja. Memang amat mengagumkan apabila kita melihatnya. Jom kita saksikan video tersebut. Pasti anda kagum :)



Kreatif | Kek Zombie

0 comments
Anda mungkin berminat sekali untuk menjamah kek seperti kek coklat, kek vanila dan kek kek yang lain. Bentuk kek pun adalah salah satu aspek yang dititikberatkan dalam pemilihan kek. Kebiasaan bentuk kek adalah berbentuk bulat, segi empat, dan bertingkat tingkat. Namun, pernah anda terpikir untuk makan kek berbentuk zombie atau kek bercorak zombie? Haa. tak pernah kan? Jom kita lihat.











**amacam? nak ke kek macam ni untuk birthday anda? Hehe

Seram | Jari Or Bawang

0 comments
Cuba anda pikirkan. Ini bawang ke atau jari orang? Selamber die je nak potong macam ni kan. Perrhhh. Menusuk dalam kalbu beb ngilu nya. errrr..



Wednesday, 18 January 2012

Berita | Terima kasih lepas samun

0 comments

KUALA LUMPUR: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.

“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.
“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.
“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.


hm

Berita | Awie disantau tuju-tuju

0 comments

IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



hm

Monday, 16 January 2012

Cool | Kereta Bayi Bersenjata

0 comments

 Kereta bayi ni pernah menyertai satu exhibition kat Palazzo Reale, Milan, Itali. Kereta bayi ni dicipta oleh seorang pereka dari China iaitu Shi Jinsong. Nampak kereta bayi tersebut memang style. 
Namun begitu, kereta ni memang berbahaya. 
Jom lihat kereta tersebut. 










Friday, 13 January 2012

Teruk | 1 Lawan 3

1 comments
amboii. makin lama makin teruk la. semua macam dah tak ade perasaan. 1 lawan 3? mana la nak mampu terlawan kan. aduhh. kesian la.



Wow | Gigi Palsu Termahal Di Dunia

0 comments
Hari ni jom kita tengok pulak gigi palsu yang paling mahal di dunia. 


Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain Sir Winston Churchill dilelong 15,200 paun @ RM 75,249 tiga kali lebih tinggi daripada tawaran bidaan asal.


Bahagian atas gigi tiruan yang di anggap telah menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua itu telah dibeli oleh seorang pengumpul barangan peribadi pemimpin-pemimpin era Perang Dunia Kedua.

Tiga set gigi itu dihasilkan oleh juruteknik pergigian Derek Cudipp menjelang perang semasa Chuchill berusia 65 tahun dengan satu set daripadanya dikebumikan bersamanya.Cudipp membuat tiga set gigi itu kerana Chuchill kerap merosakkannya.Chuchill amat menghargai gigi palsunya.


Haha | Jom Baca Surat

2 comments
Jom kita sama sama baca surat ni ok. Bagi yang paham tu tolong la translate untuk aku yer. HEHE. Sebab aku tak berape nk paham sangat la. Tapi ape ape pon memang ni la satu satunya surat yang menggunakan bahasa ibunda dia yang sepenuhnya.



Sunday, 8 January 2012

Info | 7 Bahagian Wanita Paling Disukai Lelaki

0 comments
gambar hiasan


Sesetengah wanita beranggapan rupa paras yang cantik serta bentuk tubuh yang seksi merupakan aset utama untuk memikat hati suami. Sebenarnya daya tarikan pada seorang wanita bukan saja pada wajah atau bentuk tubuh yang menggiurkan. Menurut Media love.allwomenstalk.com, selain rupa wajah, ada tujuh bahagian tubuh wanita yang membuat kaum lelaki pasangan anda berasa hangat, ghairah dan bangga dengan anda.

1. Kulit Lembut
Lelaki cinta dengan kulit lembut pasangannya. Fikirkan tentang hal ini, kulit lelaki biasanya kasar sehingga mereka sepertinya mahu merasakan sesuatu yang lembut di sekitar mereka ketika berpelukan.

2. Perut
Percaya atau tidak, salah satu bahagian yang disukai kaum lelaki dari tubuh pasangannya adalah bahagian perut. Ramai wanita berusaha melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan lemak perut supaya perut mereka kelihatan lembut dan mungil. Fakta membuktikan laki-laki benar-benar cinta akan perut wanitanya yang lembut kerana perut itu memiliki kemampuan untuk membawa anak mereka nantinya.

3. Belakang Tubuh dan Belakang Leher
Lelaki suka saat mencium pasangannya di bahagian belakang dan leher serta benar-benar merasa cinta untuk menyentuh di wilayah tersebut. Bahagian belakang leher adalah seksi dan unik dari tubuh wanita.

4. Lengan
Laki-laki suka tentang kekuatan lengan pasangannya tetapi dari sisi lain mereka mahu lengan pasangannya kelihatan begitu lembut.

5. Punggung
Itu fakta yang sudah diketahui umum bahawa lelaki mencintai punggung pasangannya. Punggung adalah bahagian tubuh wanita yang terlihat seksi.

6. Betis
Semua orang cinta kaki, namun secara khusus mereka mencintai betis. Lelaki begitu prihatin melihat bagaimana pasangannya berjalan, meskipun kekasihnya tidak memiliki kaki jenjang bak model Kris Jenner.

7. Tulang Selangka [bahu]
Akhirnya, bahagian terakhir tubuh wanita yang mungkin tanpa disedari begitu dicintai para pria ialah tulang selangka, tulang yang membentuk bahu dan menghubungkan lengan atas pada batang tubuh. Hal itu kerana bahagian tubuh yang terlihat sedikit misterius dan sangat indah apabila dipakaikan baju atau gaun apapun. Mereka mudah teringin untuk menciumnya, serta benar-benar dapat menarik semua perhatian!


Friday, 6 January 2012

Jom Buat Duit. Money Money Money

0 comments
Haa. Bace je tajuk atas tu korg pasti rase macam tak senang duduk kan. hehe.
tapi kalau korg rase nak tajuk atas tu aku ade satu rahsia nak kongsi dengan korg semua.

Itu pun kalau korg rase nak try la. tak paksa ok.
straight to the titik ok. korg pernah dengar pasal survey survey ni tak?

Aku nak bercerite memang la aku tak pandai sgt. Tapi kalau korg nak tau bende yang aku nak bagi tau ni boleh buat duit. Syarat nye korg mesti :

  1. register paypal account
  2. ada credit card/debit card (ape2 bank)
  3. register Survey
Ok. tu la syarat nye. nak register paypal tekan paypal. lepas korg dh register paypal baru la korg boleh register kt survey ni. nk register tekan SURVEY. 

Syarat2 kt situ plak korg hanye boleh buat tiga(3) survey/hari sahaja. setiap survey korg seelok eloknye la tengok dulu iklan yang dia bagi sebagai tanda hormat then baru tekan button survey. 

Dan setiap survey ni gak korg akan di beri lapan(8) soalan. tapi aku tengok semua survey same je soalan nye. Haha. ok. settle syarat2 nye. korg akan diberikan $50 free after korg register. Setiap survey korg akan dapat $14. 

So. ape lagi? try la yer. aku just nak kongsi je dengan korg ape yang patot. tak rugi pun. bukan kena bayar ape2 pun. ok. lets try geng. 

"Sharing is Money" hehe

Monday, 2 January 2012

Pelik | Mayat Sebagai Sarapan Pagi

1 comments

Perlukan tenaga untuk pagi anda? Cubalah sarapan ini pada setiap pagi anda. Mayat berkhasiat dan mempunyai karbohaidrat yang tinggi. Jangan takut. Mayat ini adalah roti semata mata yang terdapat di Thailand. Pilihlah mayat yang anda suka ok. HEHE