Friday 2 December 2011

Wow | Pisau Cukur Termahal di Dunia Rp 860 Juta



Penyelidik mengaku memerlukan tiga tahun mengembangkan pisau cukur ini. Alat pencukur termahal dunia ini diperbuat daripada dua mata pisau diperbuat dari nilam.

Pegangan pada alat pencukur ini 99,9% diperbuat dari iridium murni, besi platinum paling tahan kakisan yang hanya ditemui pada meteorit. Kedua-dua mata pisau diperbuat darinilam putih yang 'dicipta' dibekas lab Kesatuan Soviet di Ukraine.

Mata pisau cukur ini mempunyai ketebalan 80 atom atau sekitar satu persepuluhribu atau lima ribu kali lebih tipis dari lebar sehelai rambut dan lebih tajam dari mata pisau cukur yang ada di pasaran.

Alat pencukur ini hanya akan dibuat sebanyak 99 buah oleh Bright Light Ventures.Syarikat ini mendakwa alat pencukur ini akan tetap tajam selama setahun.

Jurucakap syarikat ini mengatakan, "Tiap Zafirro Iridium diperbuat daripada bahan yangawet, kuat dan murni yang pernah ditemui. Tiap komponennya direka bertahan beberapa generasi."

Syarikat ini juga mendakwa setiap alat pencukur diberi nombor siri dan monogramtersendiri sesuai spesifikasi pelanggan seperti dilaporkan dailymail.


**anda sanggup membeli pisau cukur ni? aku tak. baik pegi kedai mamak belanja member2 makan. :P

2 comments:

fiQRa said...

sanggup.. nk rompak bank dulu :D

Hanis Nizam said...

Takpayah lah beli . Membazir je . Kahkah