Saturday 19 November 2011

Wow | Pulau yang ada atas kapal layar

Ini bukan kura-kura atas perahu lagi, di zaman moden, sebuah pulau di bina di atas kapal layar yang cantik. Jangan tak percaya! Direka oleh syarikat Yacht Island Designs yang berpangkalan di UK, reka bentuk seperti yang anda lihat adalah diilhamkan oleh pulau-pulau tropika, dengan pondok, kolam renang dan selain itu, satu gunung berapi yang pasti tidak akan meletup.

Kapal layar ini penuh dengan bilik-bilik khas VIP, arked, gimnasium, lounge, spa dan helipad. Gunung berapi menambah lagi keindahan pemandangan keseluruhan kapal layar dengan air yang mengalir keluar ke kolam renang, mewujudkan sungai mini yang menakjubkan, menggambarkan suasana pulau tropika.

Di bahagian belakang kapal layar mempunyai dek pantai di mana struktur terapung di laut yang membuat laut yang boleh diakses untuk aktiviti berenang dan pelbagai aktiviti air seperti bermain jet ski.

Jom holiday kat pulau nie. hehe











sumber : ab

0 comments: