Thursday, 10 November 2011

Info sihat :: shisha 400 kali lebih bahaya dari rokok



Tahukah anda apa itu Shisha? Shisha ini berasal dari bahasa Arab. Di India nama panggilannya Hookah. Maksudnya ‘waterpipe‘. Kononnya trend Shisha ni adalah alternatif bagi penggemar rokok untuk mengelak dari bahaya merokok.

Ramai menyatakan shisha lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam. 

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. 

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. 



Jadi, selamatkah kita jika kita mengamalkan shisha ini?
Fikir-fikirkanlah ok. Jagalah kesihatan anda. Elakkan SHISHA juga ROKOK