Wednesday, 8 August 2012

Lidah Humban Ke Neraka

0 comments
Mario Balotelli

DEMAM bola sepak Euro 2012 baru saja berakhir dengan kemenangan bergaya pasukan Sepanyol ke atas Itali.
Hampir sebulan temasya ini berlangsung dan hampir sebulan juga peminat bolasepak seluruh dunia dilanda ‘demam’ bolasepak. 

Begitu hebat aura Euro 2012 ini hingga mampu mengejutkan jutaan manusia untuk menonton siaran langsung di kaca televisyen hatta termasuk mereka yang sangat sukar bangun pagi untuk bersolat subuh. Inilah antara keajaiban temasya besar sukan bolasepak di dunia ini.

Namun tiada apa yang dihairankan kerana hakikatnya dunia ini memang dihiasi dengan perkara sebegini.

Tiada apa salahnya selagi kita masih dapat mengimbangi dan dalam masa sama masih dapat menjaga hubungan baik dengan manusia lain, apatah lagi hubungan dengan Allah SWT.

Namun, secara tidak sedar, masih ramai yang gagal dalam mengimbangi hubungan baik ini akibat daripada rasa fanatik yang keterlaluan.

Apabila rasa fanatik ini menjadi seolah-olah ‘lebih sudu daripada kuah’, terjadilah dosa yang terang mahupun tersembunyi.

Sepanjang temasya ini berlangsung, antara pemain bolasepak yang menjadi perhatian pastinya Mario Balotelli daripada pasukan Itali. Cakap-cakap mengenai Balotelli bukan hanya kerana kemahiran atau skil bolasepak yang dimilikinya, tetapi lebih terarah kepada pelbagai bentuk penghinaan paras rupa.

Balotelli menjadi mangsa perkauman hanya kerana berkulit hitam dan memiliki wajah yang tidak menarik sehingga digelar ‘raksasa’.

Sememangnya tidak dinafikan pemain ini banyak mencetuskan kontroversi atas sikap dan tingkah lakunya, tetapi penghinaan dilihat lebih terarah kepada paras rupanya.

Saya juga terbaca sedikit kisah dirinya bagaimana zaman silam beliau membentuk ‘karakter peliknya’ pada hari ini sebagai pemain bermasalah.

Sejak zaman kanak-kanak, dia sering dijadikan bahan jenaka dan dipulaukan oleh masyarakat setempat hanya kerana paras rupanya yang tidak menarik.

Ini antara contoh sebenar yang berlaku dalam masyarakat di serata dunia pada hari ini, termasuk juga masyarakat kita di Malaysia.

Budaya keji mengeji dan gurauan melampau berbentuk penghinaan atas kekurangan seseorang seakan-akan menjadi hiburan oleh sesetengah orang dan menjadi dosa yang tersembunyi tanpa kita sedari.

Begitu hebat anggota badan yang diciptakan Allah SWT dan dinamakan sebagai lidah ini.

Selain dapat merasa pelbagai nikmat rasa seperti manis, masin, masam dan pahit, lidah juga memainkan peranan penting dengan membantu kita untuk berbicara dan berkomunikasi.

Lidah juga sering menjadi punca kepada segala perbalahan dan permulaan kepada pertelingkahan yang mengundang kepada dosa.

Lihat saja sebuah laporan akhbar baru-baru ini mengenai seorang lelaki ditembak oleh rakannya ketika selesai menonton perlawanan akhir bola sepak.

Semuanya bermula akibat provokasi dan gurauan melampau serta rasa tidak puas hati akibat diejek berikutan pasukan yang disokongnya kalah.

Akibat tidak dapat menahan sabar kerana diejek rakan sendiri, suspek melepaskan empat das tembakan yang hampir meragut nyawa rakannya.

Ini yang dikhuatirkan kerana sesuatu bencana itu sering dilihat berpunca daripada lidah.

Antara dosa yang disebabkan lidah ialah mengumpat, mengeji, mengadu domba, fitnah dan menghasut .

Kerana itu Rasulullah SAW menyatakan, lidah itu boleh membawa kepada keburukan dan bala kepada seseorang sepertimana dalam hadis bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka ke dalam neraka.”

Namun memang sukar mengawal lidah kerana sering tutur bicara kita mendahului fikiran.

Setelah bercakap baru menyesal, tetapi bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Kerana itu, Allah SWT dan Rasul-Nya banyak memberi peringatan dan bimbingan dalam soal menjaga lidah.

Daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga golongan manusia di dunia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya.

Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya.

Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah.

Bak kata pepatah Arab: “Kata-kata yang lembut bisa meruntunkan jiwa pendengar, dan kata-kata keras nista bisa membakar dan meledakkan hati.”

Begitulah besar kesan yang dibawa oleh satu organ yang tidak bertulang, yakni lidah.

Tidak hairan mengapa lidah dikatakan boleh menentukan nasib seseorang itu apabila di Padang Mahsyar nanti sama ada ke syurga atau neraka.

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah, bahawasanya Abu Hurairah RA menceritakan, apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”

Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, Rasulullah SAW menjawab: “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Sanggup Buat Apa Saja

0 comments
GAMBAR Pereira dalam karung sampah yang dirakam pengawal penjara.

BANDUAN Da Cruz dan Pereira bersembunyi dalam karung sampah.


CURITIBA: Dua banduan cuba melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil dengan bersembunyi dalam karung sampah dengan harapan akan diangkut oleh pengawal penjara.

Sidney da Cruz, 24, dan Carlos Pereira, 18, berharap akan diangkat dan dicampakkan di luar penjara oleh kakitangan di Penjara Delegacia de Furtos di Curitiba, selatan Brazil.

Bagaimanapun, seorang pengawal menggagalkan rancangan mereka selepas menyedari beg plastik itu ‘bergoyang,’ menurut laporan akhbar Internet Brazil, Terra.

Cubaan untuk melarikan diri itu bermula selepas makan tengah hari Selasa lalu apabila sisa makanan dan pinggan plastik dimasukkan ke dalam karung sampah.

Kedua-dua lelaki berkenaan yang dipenjara kerana mencuri kereta, masuk ke dalam karung plastik di sebelah karung lain yang disusun di koridor untuk diangkat pengutip sampah.

Pengawal, Cleverson Mineiro memberitahu stesen televisyen Record: “Saya berjalan melintasi karung sampah dan menyedari ada sesuatu yang bergerak.

“Mulanya saya menyangka tikus. Tetapi selepas memeriksa lebih dekat, saya melihat dua banduan bersembunyi dalam karung sampah terbabit.”

Ketua Polis, Gerson Alves Machado berkata: “Saya tidak tahu bagaimana mereka menjangka ada orang yang akan mengangkut mereka dan membawa mereka pergi.

“Mereka lelaki dewasa dan karung itu diperbuat daripada plastik nipis.” Kedua-dua banduan itu ditangkap dan hukuman mereka mungkin dilanjutkan. Pihak berkuasa penjara kini melancarkan siasatan mengenai bagaimana banduan terbabit boleh masuk ke dalam karung yang sudah diikat itu.

Cubaan kedua-dua banduan berkenaan tidaklah senekad banduan Perancis, Pascal Payet, yang berjaya melarikan diri dari penjara sebanyak tiga kali, semuanya dengan menggunakan helikopter.

Payet melarikan diri kali pertama pada 12 Oktober 2001 apabila seorang rakan mendaratkan helikopter di penjara Luynes di selatan Perancis dan melarikan penjenayah itu.

Tindakan keduanya pula ialah secara teknikal memecah masuk penjara apabila Payet mengatur usaha ‘menyelamat’ dengan helikopter untuk membawa tiga rakan penjaranya lari dari Luynes pada 2003. Apabila ditangkap semula pada 2003, pihak berkuasa memindahkan Payet dari satu penjara ke penjara yang lain.

Tetapi pada 14 Julai 2007, di penjara Grasse, tenggara Perancis, Payet melarikan diri lagi, juga dengan menggunakan helikopter.

Dia ditangkap pada 21 September 2007 di Sepanyol dan kini masih merengkok di penjara. - DM


Tuesday, 7 August 2012

Bahaya | Bahaya Merokok Selepas Berbuka Puasa

0 comments
gambar hiasan

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan.

Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.

Pelik | Ayam Berjalan Menyerupai Penguin?

0 comments
Seekor ayam yang diberi nama Mumble mempunyai bentuk fizikal yang pelik. Ayam yang dianggap unik ini berasal dari China dan pergerakkannya menyerupai seperti seekor penguin.





Secara normalnya kia melihat bentuk fizikal ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapatseekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalam ayam betina yang dikenali sebagai Mumble bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.

Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak.

Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari.

Kata En. Xi “Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.

“Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga tidak fikir ia boleh berenang dengan baik. “Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk”.