Wednesday 30 November 2011

OMG | Top 10 Bandar Berhantu Di Amerika

0 comments
korg berani tak nk tinggal kt bandar-bandar sunyi or dh lame tak ade org yg tinggal kt situ?
kalau korg berani cube la korg try stay kt bandar-bandar mcm kt Amerika nie.
Ini adalah beberapa bandar-bandar hantu yang real di Amerika Syarikat. Kebanyakan bandar-bandar ini berkembang maju pada satu masa ke masa yang lain. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan kepupusan etnik di bandar-bandar ini. Sekarang ianya hanya sekadar bandar-bandar hantu.

Ruby, Arizona

 Bodie, California

 Centralia, Pennsylvania

 Flagstaff, Maine

 Virginia City, Montana

 Cahawba, Alabama

 Rhyolite, Nevada

 Glenrio, Texas/New Mexico

 Goldfield, Arizona

 Gleeson, Courtland and Pearce, Arizona


**jom kite try bercuti kt bandar-bandar nie :)

Pelik | Pembentukan Batu Yang Pelik

0 comments
pernah tak korg tengok batu2 pelik nie. 
Pembentukan batu dicipta oleh unsur-unsur seperti haba, angin, hujan, dan hakisan. Apakah telah dilakukan dengan batu ini pada palet bumi kedua-duanya mengambil nafas dan sukar dibayangkan minda. Formasi batu yang luar biasa ini dicipta perlahan-lahan lebih jutaan tahun yang menggunakan bahan paling sukar
jom tengok antara batu2 yg pelik nie

Balanced Rock, Garden of the Gods, Colorado

 Gibson Steps (12 Apostles), Great Ocean Road, Australia

 Ko Tapu Island, Thailand

 Bisti Rock Formations, New Mexico

 Bryce Canyon, Utah

 Reed Flute Caves, Guangxi Province, China

 Landscape Arch, Arches National Monument, Utah

 El Torcal de Antequera, Spain

 Mushroom and Chicken Rocks, White Desert, Egypt

 Sahara Desert, Tassili N'Ajjer, Algeria


Giant's Causeway, Ireland


 Mono Lake, California

 Azure Window at Dwejra Bay, Gozo, Malta

 Split Apple Rock, Kaiteriteri, South Island, New Zealand

 Arbol de Piedra, Salar de Uyuni, Bolivia

 Devil's Marbles, Australia

 Painted Cliffs, Tasmania

 Rock Formation, Namibia

#nk tgk lebih lagi? jom tgk sini. German, Itali, Belanda

**teringin nye la aku nk pegi tempat batu2 nie. jom korg nk tak? hehe

Info | Khasiat Buah Delima

0 comments
mai beli delima merah !!! ade sape2 yg nk beli tak? tak ade? hurmm. tak pe la. tp rugi la kalau tak makan buah nie. byk khasiat nye tau. jom kite tengok ape khasiat nye ye.



Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    – Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
    – buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
      
     
 Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamaka
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..

Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.

Ape Cer | DOKTOR CONRAD MURRAY DIPENJARA 4 TAHUN

0 comments

Conrad Murray didapati bersalah dan penyebab kepada kematian Michael Jackson. Selepas enam minggu sessi perbicaraan yang memperlihatkan pelbagai drama, keputusan akhir tidak memihak kepada doktor peribadi paling popular ini. Berita ini merupakan sesuatu yang akan tertulis dalam sejarah hiburan Hollywood dan dunia secara amnya buat selama lamanya.

Awal pagi ini, agensi berita seluruh dunia melaporkan yang mahkamah memutuskan Conrad Murray, bekas doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah menyebabkan kematian ikon pop itu sekitar tahun 2009 yang lalu. Conrad Murray didapati bersalah menyebabkan kematian dengan tidak sengaja selepas memberikan dos ubat propofol secara berlebihan kepada Michael Jackson pada malam kejadian di Los Angeles.

Mahkamah telah menetapkan hukuman penjara empat tahun buat Conrad Murray dan kemungkinan besar lesen menjalankan khidmat perubatan beliau akan di’gantung. Peminat & keluarga yang turut serta dalam sidang terakhir perbicaraan kes Conrad Murray ini berteriak gembira apabila keputusan diumumkan dan tidak kurang juga yang menangis.


source : illustrasi

Tuesday 29 November 2011

Berita | ‘Toyol’ curi komputer riba

0 comments


JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.



Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

klik sini segera !!





source : hm

Wow | Kereta Paling Rendah Di Dunia

1 comments
The Flatmobile yang hanya memiliki ketinggian 19 inci (48 cm) dengan rasminya telah diisytiharkan oleh Guinness World Record sebagai kereta paling rendah di dunia yang boleh didapati di jalan raya. Kereta yang tidak berbumbung ini mempunyai enjin 875cc, 
Flatmobile boleh memecut sehingga 100 mph (160 km/j).

Pemilik kereta, Perry Watkins dari England berasa bangga memiliki Flatmobile yang diilhamkan daripada kereta batman.













**anda mau memiliki nya? jom klik ini kereta mewah batman

sumber : ab

cool | JETMAN Terbang Dalam Formasi Dengan Dua Jet Lain

0 comments
"Jetman" Yves Rossy baru-baru ini terbang dalam formasi di atas Alps Switzerland bersama dua pesawat jet daripada Team Jet Breitling.


Rossy, dilengkapi dengan sayap yang kukuh dan empat enjin jet, melompat dari sebuah helikopter untuk memulakan penerbangan. Dia terbang bersama-sama dengan kedua-duaL 39C Albatros jet menggunakan hanya pergerakan badannya untuk melaksanakangerakan midair. Jet dan juruterbang mereka adalah sebahagian daripada Pasukan JetBreitling, pasukan aerobatics awam.

Friday 25 November 2011

Follower Widget Akan Di Mansuhkan Ganti Dengan Google +

0 comments
tak ade lagi follower widget? amboi. cm mane plak la nie. so, follower dikire tak ade ke nie?
pasal kes yg nie pown aku ade terbace dari blog someone nie. 

gambar hiasan


so. kalau korg nk tau lebih lagi korg click kt blog mkcik nie ok. PuanBee. korg bace la sndri yer.

MLM : Kumpulan Hiro Tersingkir Minggu Ke Lima

0 comments
SHAH ALAM : Kumpulan Hiro tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke lima yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh Ropie, Iliya dan Hamdan tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 37 peratus.

Kumpulan HIRO terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran MLM

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Saehu dari Indonesia (42 peratus) dan peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli (42 peratus).

Pada konsert minngu ke lima itu, para peserta telah diberi tema bertajuk Purba Kala.

Dalam pada itu, persembahan pada malam itu diungguli oleh kumpulan Boboi (34 peratus), 3G (56 peratus), Pimai (56 peratus), Osbon (52 peratus), Syok (45 peratus), Bawel (45 peratus) dan Bawal Power (42 peratus).

Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkata persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.

Ujar Chef Wan, peserta terlalu banyak menumpukan pada kostum dan persembahan tanpa menitikberatkan soal pengisian lawak yang ingin disampaikan.

"Isi cerita adalah penting dan malangnya semua peserta pada malam ini terlalu menumpukan pada konsep dan kostum," ujarnya.

sumber : mstar

He's doing it right

0 comments
hehe. pandai tak budak laki nie cari cara mcm mane nk pegang perempuan tu. 
**tapi budak2 kecik jgn buat nie kt rumah ok.


wahh. dah pandai main sorok sorok ye

0 comments
zaman skrang nie mcm2 la yg pelik2 keluar kn. yg mcm nie pown ade gak ke. hehe

Thursday 24 November 2011

Cool | Arca Menggunakan Pasir

1 comments
Jom tgk gambar2 yg memang cool nie. korg tepikir ke nk buat bende nie smue?